Di suatu tempat di pergunungan Sichuan barat laut di China, di tingkat Tibet, terdapat sebuah kota di lembah yang terkurung, indah dan bersih yang merupakan keseluruhan komuniti menganuti satu agama iaitu budha. Persekitaran dan suasana di sini amat lah melampau, disebabkan dari ketinggiannya yang tinggi (4000 meter di atas permukaan laut) ia sejuk dan tidak terdedah suasana dan keadaan dari luar. Makanan, air dan pakaian sangat amat terhad, dan daya elektrik hanya dapat diakses dari jam 7 malam hingga 10 malam secara konsisten. Hampir tidak ada individu yang benar-benar tahu mengenai tempat ini dan kawasannya sekali sekala terlepas dari manusia luar.
Bagi orang suka travel untuk jalan-jalan dan mencari ketenangan, mungkin Yarchen Monastery pastinya bukan tempat yang baik untuk melakukan lawatan dan perjalanan, melainkan jika anda ingin mengalami pengasingan mutlak dan suasana Buddhisme tanpa merasa takut dengan keadaan buruk yang akan berlaku pada diri anda, namun pandangan dari atas Yarchen Monastery amat lah indah, menarik dan unik.
Komuniti agama menempatkan sekitar 10,000 biarawan dan biarawati yang menjadikannya biara terbesar di muka bumi ini, amat la unik. Menurut National Geographic, 50,000 biarawan dan biarawati tinggal di Yarchen Monastery, namun hasil maklumat dan kaji yang diterima, angka ini adalah tidaklah terlalu tepat.
0 Ulasan